Wednesday, 3 October 2012

GADIS-GADIS SEKEPALA :)

Assalamualaikum & hai :)

Akibat mengalami keboringan yang agak melampau dan Alhamdulillah, perutku kian pulih setelah menelan beberapa biji pil yang mempunyai pelbagai warna.. aku mula terasa nak bercheqita kat hampa pasai kawan-kawan baru aku di Kolej Matrikulasi Kedah.

First of all, my roomates laa. Depa ni cinta pertama aku. haha..


                                      jaja , lili , me( ok, nk jugak..hehe ) , and wawa

okay, let me intoduced one by one...... jeengg,jengg,jenggg..

 jaja :   haa, nama dia . Khadijah Sulaiman a.k.a Dija. Berketuranan "white blood cell" iaitu cicit kepada Mahsuri.hehe.she comes from Langkawi..ak ja suka-suka panggil dia jaja . sweet kan ? HAHA

 lili :   yang ni plak, Nor Asmah Laili Mat Naim a.k.a lily lilo . okay, nama dia lily dan memang officially larh panggil lily. rock beb,Asal dari Kelantan . :)

 me :   ?? Aarhh . shy-shy cat  :P

 wawa :  last one, Nur Izzatul Najwa Mohamed Salleh a.k.a wawa a.k.a. izzah a.k.a cek _____ . haha. banyak sungguh nama glamour dia. tapi xpaa, kita panggil apa yang dia suka. dia ni berkawan dengan aku sejak dari 2007 since i was 13 years old. satu kelas kot. haha.. camna kan, jodoh kami selalu bertemu dan ni dinamakan true friends, hehe, dia asal Jitra, Kedah jugak . :)

okay, habis dah beletiaq(berleter),orang Kedah kata,,penat dah haihhh. see u later. daa :)


Tuesday, 2 October 2012

Assalamualaikum & hai  :)

Buat pertama kalinya, aku telah mewujudkan sebuah blog . Ya sebuah blog dan tiada sebarang idea yang mahu ak kongsikan disini.. Disebabkan pensyarah science computer yang comei, akan ku turuti kata-katamu untuk menubuhkan sebuah blog yang termasyur..wow, betapa formalnya ayat-ayat aku ini.. haha. okay, lupakan . erm, sekarang aku mau kongsi kat hampa pasai diarrhoea  a.k.a  cirit-birit.   


Mesti korang sume pernah mengalamikan situasi begini ?? haa, cirit-birit ni laa, yang menyebabkan aku lebih berhati-hati untuk memilih makanan sebagai sajian seharianku. Sakit tu sudah pastilahkan, setakat 10-15 kali  pegi toilet normalah bagi aku yang mengalami cirit-birit ni. T____T . Annoying plak ak ni.. Okay, mai kita tengok simptom-simptom diarrhoe ni.


  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus
  • Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan
Sudah terang lagi bersuluh, aku mengalami semua simptom-simptom di atas .. now, let's looking for the causes of diarrhoe and how long it was occured. check it out !

  • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
  • Meminum air tercemar.
  • Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
  • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
  • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih.
  • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
  • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
  • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.
  • Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
  • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.
Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam . The last one, cara mengatasi cirit-birit..
v Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.

v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
    dengan doktor anda.

v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 



                                                       the same way that i did before.hee
See, sekarang korang boleh larh tawu sedikit sebanyak pasal diarrhoe ni. Jaga kesihatan dan jumpa lagi , daa :)